Program Kajian Rintis (The readiness of Sarawak rural/Suburbun Entrepreneurs to embrace Digital Economy from UITM)
29 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2017 yang lepas, pihak UiTM telah mengadakan program kajian rintis iaitu The readiness of Sarawak rural/suburban Entrepreneurs to embrace digital economy from Uitm yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis. Terdapat seramai 7 orang usahawan serta 4 kakitangan pusat internet daripada sekitar Zon Tanjung Manis telah menyertai program ini. Program ini dikendalikan oleh 5 wakil daripada uitm iaitu Dr Abang Fiesal, Mr Ahmad Faisal, Ms Ismariani, Ms Kamelia dan juga Ms Norpidah.
Program ini diadakan julung kalinya adalah bertujuan berkongsi pengalaman serta ilmu antara para usahawan desa. Dalam pada masa yang sama, mereka juga telah diberi peluang untuk mendapat pendapat daripada pihak uitm cara untuk memperkembangkan perniagaan masing-masing disamping mempertingkat kaedah permasaran masing-masing. Sesi perkongsian pengalaman ini dilakukan beramai-ramai dan secara santai sahaja. Setiap peserta turut diberi peluang menyatakan pendapat dan pandangan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: